Secara amnya, kek lapis akan bertahan antara 1 hingga 7 hari (lebih kurang seminggu) jika diletakkan pada suhu biasa iaitu suhu bilik, Ini sangat sesuai bagi mereka yg meletakkan kek pada ruang tamu utk jamuan hari raya kerana ianya boleh bertahan sehingga seminggu dan anda tidak perlu kerap kali menyimpan ke dalam peti sejuk. Bercakap tentang suhu sejuk seperti suhu didalam peti sejuk, kek boleh bertahan sehingga dua minggu tetapi pastikan kek tersebut dibalut dgn plastik nipis atau di dalam bekas plastik lutsinar atau packaging asal utk mengelakkan kek lapis terdedah kepada air agar lebih tahan lama.
Untuk penyimpanan yg lebih lama anda boleh meletakkan kek ke dalam freezerdi mana suhu sejuk yg sangat tinggi. Kini ramai orang yg memiliki freezer di rumah utk meletak daging ayam dan lembu atau bahan2 lain. Jika kek diletakkan di dalam freezer ini ianya boleh tahan sehingga satu bulan Jika anda tidak mempunyai freezer dirumah jika diletakkan di dalam peti sejuk di mana tempat anda untuk membekukan air menjadi ais pun sama kek akan tahan selama satu bulan. Kalu boleh pastikan suhunya sentiasa sejuk agar kek lapis dapat disimpan pada suhu yg betul dan boleh tahan lama